sejak dua menjak ni,muka aku da makin teruk..teruk knpe???sbb jerawat semakin menjadi2 nek kat muka..padahal ritu time balik,aku sikit punya rajin gi buat rawatan resdung,siap asap muka bagai lagi..hmm,ni agaknya sebab rtu blk sakan sangat naa mkn seafood,rasakan ko..huhu..tapi aku sadis gak r tgk muka aku lately..da sebulan da,tak bek2..jerawat yg ni bek,yang len plak nek...knpekah???????tak phm aku tau..
mak aku ade kirimkan aku minyak kelapa dara..dia ckp elok tuk muka,and resdung serta jerawat..da sebulan aku gne..abah suh minum,mak plak suh sapu je kat muka sebab dy tau,aku memang tak lalu nak minum minyak tu..wah,rasenya semacam jer..hehe..aku da nak giveup dah dgn ubat ni,sebab da sebulan aku gne,tak effect ape2 pun..adoila..tapi tadi aku terbaca kat tenet pasl cara mengatasi resdung..tup2,ade pasal minyak ni..oo..hehe..
yang kat bawah ni..info yang aku baca tdi..
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus, tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'.
Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata.
Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
Diantara gejala dan tanda resdung ialah :
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala
di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Rawatan dan pencegahan
Berdasarkan gejala diatas rawatan yang disyorkan adalah dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara, Minyak Kelapa Dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung. Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.
BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara,
Ia tidak mengandungi dadah, tiada bahan pengawet
100% organik dan proses penghasilannya secara bioteknologi
Selamat dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna
Kajian oleh pihak IPTA tempatan selama 8 tahun
Sihat tanpa ubat, selamat dan terbukti berdasarkan testimoni pengguna
**agaknya,aku kne rajin2 lagilah kan gne minyak ni..arap2 berkesanlah..dapat bekkan resdung..insyaallah

No comments:
Post a Comment