Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label keinsafan... Show all posts
Showing posts with label keinsafan... Show all posts

Sunday, 30 October 2011

Wajarkah Dinilai Wanita Pada Pakaian



**moga setiap hari yang mendatang menjadikan kita hamba yang lebih baik.amin

Thursday, 29 April 2010

Hijab Kekasih


Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu


**da lama aku cari lagu ni,akhirnya ke temu jua=)

Tuesday, 20 April 2010

harapan padaMu subur kembali




**hambaMu rasa berputus asa..Ya Allah Tuhanku..bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini...

Saturday, 14 November 2009

takde insurans

alamak...sejak dua menjak ni,aku rasa mulut aku ni mcm tkde insurans je..bukan apa,mcm selalu cakap lepas..yabai wa..kadang,bile lepas solat,aku berniat nk ckp benda bek2 n tak nak menyakitkan hati orang len tapi bile berlaku adegan2 yang tak sepatutnya,apa lagi,start r mulut ni nak bersuara..adoila..macam mne ni..perlu berubah ke arah yang lebih bek..hait,ganbarimasu..huhu

oo,bukan la aku nak cakap yang mulut aku ni,men sound direct je..duk cari salah orang je..tu tak la kan..oo,kalo berlaku,mintak ampun..saya insan yang hina,kadang2 perkara tersebut di luar kawalan saya...

kirenya..kalo macam tengah bual2 ngan mereka,dan mereka menyatakan sesuatu yang pada aku langsung tak logik dan tak patut,memang aku balas balik r..tapi takde r sampai tarik2 rambut..masing2 berhujah dengan idea masing2 la..

contohnya,perlawanan badminton akan diadakan dua minggu lagi..perlawanan dijalankan secara bergu..jadi si A mencadangkan supaya bergu ditentukan..yang pandai men same ngn yang pndai,dan yang tidak dengan tidak...jdi aku pun cakap r,mane boleh,kata perlawanan,mesti r tak adil kalo buat macam tu..kemudian si A memberikan contoh,bahawa ade seorang pemain yang handal bermain partnernya mula kurang mahir bermain badminton,jdi yang pandai main sangat tension sebab terpaksa bermain sendiri..jadi aku plak membalas,kalo same2 pandai men,kesian r dengan yang tak pandai men..dah sah2 r dyorang kalah..kemudian,hujah aku di sokong kuat oleh cik B dan cik C..cik B berkata,kalo pandai same pandai,tak sonok r,dah kata kompem2 dyorang menang,kita pun dah boleh agak..dan cik B pula berkata sepatutnya sorang pandai dan sorang tak la..untuk menghuraikan perbahasan,cik B berkata,takpe,kita perempuan same2 je smua..yang laki r kot..jdi smua bersetuju dan senyap..

ok,sebenarnya aku tau apa motif cik A..tapi tak mau r citer kn..hehe..tak bek oo..aku mahu berusaha menjadi yang lebih bek..kalo kita pelihara aib orang,Allah akan pelihara aib kita..insyaallah...

tapi citer kat atas tdi takpe kan..smua orang tak tau watak sebenar,jadi kire tak mengumpat la tu..hehehe..kepada si A,mintak maaf ye,sebab menjawab idea anda yang dirasakan seperti berat sebelah dan tidak adil..huhu..ampun!!

**perlu belajar untuk bersabar..tapi kalo korang dengar sesuatu yang korang rasa tidak adil dan tidak setuju,apa korang lakukan???mendiamkan diri atau menjawab macam aku seperti mulut tiada insurans???pikir-pikirkan=p

Thursday, 15 October 2009

kepadaMu kekasih



KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

**aku lagi suka versi yang dinyanyikan oleh mereka=p

Sunday, 31 May 2009

destinasi cinta..

ati aku terusik sangat sejak 3,4 hari ni..usrah yang aku hadiri jumaat malam yang lalu,memberi kesan yang mendalam dalam ati ku..lagi2 dgn perkhabaran tentang seorang pelajar malaysia di us yang telah kembali ke rahmatullah baru2 ini...turut mnjadikan ati aku benar2 terusik..al-fatihah...

aku kembali pada fitrahNya..andai aku yang ditarik nyawa saat itu,apakah kananku lebih berat????adakah aku sudah bersedia???adakah sudah cukup bekalan ku didunia ini untuk dibawa ke sana...semuanya bermain2 di fikiran...aku tidak mengenali insan ini...nmun aku tahu dan dapat merasa apa yang kedua ibu bapanya rasakan...berita itu menyebabkan aku rse rindu dengan kedua ibu bapaku..setahun lebih,tangan itu tidak kucium..setahun,senyuman itu tidak ku lihat..setahun wajah indah mereka tidak ku tatap..ati aku benar2 terusik saat itu...andai aku yg ditarik nyawa,adakah mak dan abah cukup kuat untuk menerimanya...

segala yang berlaku pasti ade hikmahNya..bak kata mak,walau dimana pun aku,andai ajal itu datang menjemput,tidak kira masa dan ketika..aku yang harus bersedia..berita itu turut menyedarkan aku..bhawa aku perlu menghargai semua yang ada disekelilingku..sebelum ia pergi meninggalkan aku..

berbalik pada usrah baru2 ini,kak pah mengingatkan kami,sebagai mnusia,betapa kita perlu membersihkan ati kita dari sebarang sifat2 negatif,kerana dari hati la terbentuk peribadi..andai ati kita tidak bersih,bagaimana untuk kita membentuk ati anak2 kita nanti..bagaimana kita dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia..manusia sering lalai..ia, itu memang pasti...nmun saat kita tersedar dari kelalaian itu,kembalilah kepadaNya..agar kita sentiasa mendapat keredahaanNya..agar hidup kita penuh keberkatanNya..

aku menulis bukan untuk menasihati atau berceramah..nmun, aku menulis,untuk mengingatkan diri aku sendiri,untuk memperbaiki diri ini yang sentiasa lalai dan jahil dlm mengharungi kehidupan ini..kadang2 terleka dgn perkara2 dunia..betapa aku rindu pada keredaanMu ya Allah..betapa aku rindu rahmat dan keberkatanMu..

aku menulis supaya dapat aku luahkan keresahan atiku..aku terpukul dengan lirik lagu mestika..destinasi cinta.."destinasi cinta yang kucari,sebenarnya terlalu hampir,hanya kabur kerana dosa didalam ati"...

bak kata kak na...apa yang telah berlaku,biarkan berlaku...mohon keampunanNya dan perbaiki diri kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama...moga2 sama2 kita membetulkan ati kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik...insyaAllah....

Friday, 24 April 2009

kisah di sebalik bertudung

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Friday, 23 January 2009

usrah 1

ak da lame nk berkongsi tentang isi2 usrah yang ak belajar..tjuk arini adalah tentang mati dan tanda2 mati orang islam.cuma ati aku terusik dgn kata2 kak pah.."cuma ade dua sebab mengapa nyawa kita msih disimpan dan belum ditarik oleh Allah.pertama,ilmu kita masih berguna dan diperlukan.dan yang kedua,kita diberi peluang supaya bertaubat..fikir2kanlah..dimana kita.."