Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 22 January 2012

Impian

sejak beberapa hari ni,rasa hati tersentak dengan impian yang dicipta oleh diri sendiri. tidak mahu lagi terlalu memasang angan2 untuk tahun yang akan datang yang belum pasti akan terlaksana atau tidak.

"jangan diletak angan-angan terlalu tinggi, takut tak tercapai dek tangan."

**kerana realiti itu belum pasti seindah impian

Saturday, 26 November 2011

salam maal hijrah

sekejap je masa berlalu kan.salam maal hijrah untuk semua.sungguh,aku dah tak igt apa azam aku tahun lepas.tpi arini aku dah pasang azam baru.moga2,semua azam2 aku tu tercapai.amin.dan yg paling penting,biarlah aku ni istiqamah untuk laksanakan azam2 aku tu.

kali ni,aku tulis siap2 azam2 aku tu n tepek kt dinding.biar ari2 aku tengok,aku igt skit apa yg aku azamkan.hehe.btw,tinggal kurang 4 bulan lgi tuk aku abiskan degree.moga Allah permudahkan semua urusan aku.

**Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan2 ku, dan Kau kabulkanlah permintaanku.amin

Friday, 11 November 2011

si mata sepet itu

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

aku menulis kali ini dengan rasa marah yang masih bersisa.sungguh,kesabaran ku kali ini sangat teruji.betapa marahnya aku arini,Allah sahaja yang tahu.sampai terdetik dalam hati supaya Allah hilangkan rasa marah itu.

ku lakarkan disini,sebagai pengalaman pahit yang tertulis dalam diari hidupku.

pagi yang sejuk,aku mulakan seperti biasa.berbasikal ke lab dalam keadaan sejuk yang menyucuk hingga ke sendi.dan aku rasakan,segalanya akan berlaku seperti semalam.selepas seharian berpenat semalam,aku tidak berhajat untuk melakukan experiment hari ini.terasa seperti rehat semalam belum betul2 menghilangkan rasa letih.aku melakukan segalanya seperti biasa.sampai di lab,aku belek2 dulu laptopku.baca semua yang aku ingin tahu.kemudian aku ke bilik kimia,untuk menyiapkan sample yang perlu di analisis.lepas segalanya selesai baru aku teringat yang ari ni aku ade kelas fizik kimia (butsuri kagaku) yang dibuat oleh senior M1.tapi pada masa yang sama,aku da berjanji dengan labmate ku budak thai untuk menguruskan urusan licence.so,aku pun decide untuk tidak hadir ke kelas dan akan memberitahu senior ku terlebih dahulu.

dan 5 minit sebelum kelas bermula,aku sedang duduk di meja.tiba2 senior ku datang dan mengajak untuk pergi ke kelas.waktu tu,aku pun berpusing dan berkata kepadanya.

aku:mintak maaf,arini saya tak boleh attend kelas.saya ada hal pukul 3.
senior:oo,takpe2.ok *sambil tersenyum*

dan selepas itu,aku pun mengucapkan terima kasih kepadanya.dan bila aku berpaling ke depan,aku terdengar senior ku berkata, "ore mo youji ga aru yo" (aku pun ada hal jugak) dan disambut oleh gelak tawa budak lab ku.gelak tawa seolah2 menyindir aku yang terlalu jujur berkata2 ini.dan aku terus terdiam tidak berpaling walaupun aku tahu,mereka sedang mentertawakan aku.sungguh,aku sangat marah ketika itu.betapa tidak hormatnya mereka pada aku dengan mentertawakan aku dan memalukan aku sebegitu.mungkin mereka terlupa yang tiap bait kata yang mereka ucapkan walaupun bukan bahasa ibundaku,aku masih boleh mendengar dan memahaminya dengan jelas.dan betapa biadapnya mereka memperlakukan aku seperti itu.sungguh,ini bukan yang pertama.dan aku rasa sangat2 marah.terasa api kemarahan itu telah sampai ke kepala.

dan saat itu aku tersedar.yang si mata sepet yang aku rasa lebih baik akhlaknya dari aku itu tetap juga manusia.tiada bezanya.dan jangan kita rasa, bila tiba di bumi orang itu,mereka adlah yang terbaik.jangan kita rasa rakyat negara serumpun dengan kita tidak sebaik mereka kerana bila kita berada dalam komuniti mereka,hidup dalam kehidupan mereka,kita akan sedar yang mereka tetap manusia yang tetap ada buruk baiknya.

sungguh,apa yang berlaku tadi,menjadi antara kenangan pahit sepanjang aku berada di negara matahari terbit ini.

**moga Allah melindungi aku daripada keburukan dan memudahkan segala urusanku disini.amin


~untuk senior dan mereka yang mentertawakan aku,ketawalah sepuas ati.layan lah rakyat asing seperti aku ini dengan cara begini.saat kamu pergi ke negara lain dan terasa asing,pasti kamu rasa,setiap apa yang aku rasa,dan pasti kamu rasa betapa terasing dan sakitnya kamu diperlakukan sebegitu.

Sunday, 30 October 2011

Wajarkah Dinilai Wanita Pada Pakaian



**moga setiap hari yang mendatang menjadikan kita hamba yang lebih baik.amin

Thursday, 15 September 2011

redha

Ya Allah, sesungguhnya kami redha dengan ujianMu. Namun kami mohon, Kau tabahkanlah hati kami dalam menempuh ujianMu ini dan kami mohon Ya Allah, Kau sembuhkanlah dia dari sebarang penyakit. Sesungguhnya, kami tahu Ya Allah, Kau berkuasa atas segalanya.

**Kami sangat merindui senyuman dari wajah comel itu.

Thursday, 16 June 2011

masih jauh

7 months 4 weeks and 1 day until i graduate..masih terlalu jauh..agaknya, 8bulan ni,berapa kali lagi aku kena marah ngn sensei aku tuh..haish,sabar lah hati..semuanya akan berlalu pergi suatu ari nanti..

kan bagus kalo bangun2 tido,dah bulan februari 2012..indahnya dunia ketika itu..

**moga Allah memudahkan segalanya..amin

Tuesday, 31 May 2011

seandainya rebah kau masih ada

Align Center
tersesat malu bertanya
tak tahu tak tahu kemana
terlalu bnyk alasannya
duk terdiam
menyusur dikaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
SEANDAINYA REBAH KAU MASIH ADA.

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu bnyk alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
terbang burung terbang patah sayap diduga
seandainya rebah kau masih ada ,,

nanana.. nananana..
nanana.. nananana..

kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih ada..
kau masih adaaaaa...... ooooooooo!

terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
terlalu bnyk alasannya
duduk terdiam
tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh