Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 31 March 2011

kembali ke sekolah

cuti cuma tinggal seminggu je lagi..khamis depan akan mula ke sekolah dan bermula kehidupan sebagai pelajar tahun 4..agak seronok sebab dah tkde kelas,tapi agak takut nak melalui kehidupan di lab seorang diri..

musim sejuk sudah berakhir..rasanya la,tak pasti jugak mana tau kalo tiba2 minggu depan turun salji lagi kan..selamat datang musim bunga..sakura,kita bertemu kembali dan mungkin untuk kali terakhir..moga musim bunga kali ini akan dinikmati dan dihargai sepuas ati=)

sudah mula memikirkan masa depan yang belum pasti..aku tak tau yang mana aku patut pilih lepas abis study ni..patut untuk aku terus bekerja atau kembali menyambung pelajaran yang masih belum dikuasai sepenuhnya..pening juga akhir2 ni duk pikir pasal tu..and aku cuma berdoa,walau apapun jalan yang akan aku lalui nanti,moga itu adalah yang terbaik Allah titipkan untuk aku..

**selamat datang musim bunga

Sunday, 20 March 2011

love will lead you back



**loved the little part in spanish...

Saturday, 19 March 2011

tsunami dan gempa bumi

dah seminggu since tsunami and gempa bumi melanda jepun..mungkin antara bencana yg terburuk terpaksa ditempuh oleh jepun..masih ramai lagi orang yang belum ditemui..11hb 3 2011,menjadi sejarah yang bakal diingat oleh seluruh dunia.

di facebook ramai yang cakap yg tsunami dan gempa ini adalah bala untuk golongan yang kufur ini..itulah manusia,bila jadi perkara buruk kat orang lain,cepat sangat nak cakap itu balasan dan bala,cuba kalau jadi kat dy,apa yang dy buat??mereka kehilangan anak,ibu,bapa,saudara mara,rumah,kereta,harta dan banyak lgi..apa lagi yang tinggal untuk mereka???sepatutnya,kita yang islam ni patut amik ikhtibar dari apa yang berlaku..kita patut bangun dari lena..patut sedar yang setiap apa yang ada hanya pinjaman untuk kita..sekelip mata je Allah boleh tarik apa yang kita ada..kalaulah,kita yang berada di situ,sudah cukup ke amal dan ibadat kita andai nyawa kita yang diambil???

walaupun masyarakat jepun ni bukan islam tapi mereka adalah bangsa yang baik,beradab dan menghormati orang lain..tsunami dan gempa bumi adalah bencana alam.tiada kena mengena dengan pembangunan teknologi or climate change yer.siapa yang belajar geografi tahu kot yang jepun berada dalam kawasan lingkaran api pasifik..so jepun adalah negara yang terdedah kepada gempa bumi,tsunami dan juga gunung berapi..jepun juga adalah negara yang sangat menjaga ekosistem dan alam sekitar..sampah semua dibuang mengikut jenis sama ada boleh dibakar atau tidak..kalau yang berlaku adalah tanah runtuh macam dekat bukit antarabangsa,yang tu baru blh ckp disebabkan pembangunan dan climate change..kemajuan dan pembangunan jepun menyebabkan mereka lebih sensitif dengan perubahan sekitar..

moga radiasi di logi nuklear fukushima akan cepat diperbaiki dan keadaan akan baik seperti sedia kala..malaysia patut pikir dan bincang semula tentang rancangan pembinaan logi nuklear.kalo kejadian yang sama berlaku di malaysia,dah cukup ke kepakaran yang kita ada untuk membuat baik pulih dan menyelesaikan masalah macam ini..

PRAY FOR JAPAN...

**agaknya kalo logi tu dibina dekat putrajaya,akan diteruskan lagi ke projek ni???

Wednesday, 16 March 2011

holiday project 3

ahad minggu lepas,aku pergi tottori,melawat yuni..hehe..sebab da cakap nk g tempat dy,so sementara berpeluang ni kne la g..nanti ble da bz,tak tau la ble nk sampai tottori lgi..aku decide g nek dengsya(train) sebab tak rushing sambil tu boleh tgk keindahan alam.lgipun da lme tak nek dengsya jln jauh2 ni.boleh tahan jauh r..dri saijyou kul 9.50,sampai tottori kul 5 ptg..jauh tk??hehehe..

tak ke mana sgt pn,sebab tuan rumah bz ngn zemi,n ak pn tkde r berniat nk berjln sgt pn,sje g tottori nak meneman yuni..hehe..best part,yuni n basit bwk aku g tottori sankyu or sand dunes..haha..hebat tak tottori???ade padang pasir oo..tak g padang pasir kt mesir pn ak da teruja tgk..agknya kl sampai mesir,lgilah aku teruja..haha..

sebelum memulakan pendakian

bersemangat dan teruja

tottori sand dunes

macam dekat=D

semput..haha

subhanallah..seindah ciptaan Tuhan

cantikkan padang pasir tu..macam tak sangka kat jepun boleh ada tempat macam tu..huhu..after g padang pasir,kitaorg pn pergi shopping2 sikit kat tottori..macam2 la bli..masuk kedai je,mesti ade benda nak bli..haha..nafsu!!! da dkt kul 6,bru balik..memang puas ati..hehe

ari2 len tak ke mana pn,sebab yuni bz,lagipun sejuk nak keluar..tak tertahan..lgi sanggup berbungkus dalam futon smbil tgk citer..haha..ari2 berborak ngn yuni..kadang2 sampai ke subuh bercerita..kl tido awal pn,sebab masing2 da letih..hehe..n another best part ble kitaorg buat keropok lekor malam2 buta..walaupun letih n ngantuk,tetap selera nak mkn keropok lekor..nampak sgt da lama ngidam..hahaha

to yuni,tq yer bawak aku jalan2 n masak tuk aku ari2..hehe..nek segan plak ak..da la ko letih,pastu balik2 nak kne layan aku plak..gomenne..hehe..nanti ble2 kita jupe lagi yer..tq gk kat basit yg jdi photographer tak rasmi kitaorg..hehe..siap jemput dtg rumah n masak lagi tuk aku n yuni..tq to both of u=)

**result da kuar,n alhamdulillah dpt nek thn 4..terima kasih Ya Allah..

Sunday, 6 March 2011

Thursday, 3 March 2011

holiday project 2

my second project during this holiday is watching movies and this is the list=p

1.charmed

2.friends

3.the vampire diaries

**jiwa kacau~

holiday project 1

project pertama sempena cuti musim bunga ini adalah memantapkan skill memasak yg sememangnya tumpul.ni semua adalah gara2 selera untuk makan nasi adalah tiada..jdi terpaksa masak lauk atau makanan yang boleh membangkitkan selera..phewww..tapi tak kurus pun jugak kan..hehe..mungkin,aku kena makan makanan yang dimasak oleh org lain r,sebab aku da tak lalu makan apa yang aku masak=p (alasan bila malas=D)

masak takde r gempak pun kan,sebab malas..haha.so,kita masak something yang mudah,cepat dan menyelerakan tekak sendiri saje..hehe..sebenarnya kan,aku nak masak gulai ikan yang warna merah2 tu,tpi ntah mcm mne blh silap letak sukatan lada kering jadi la ia kuning seperti gulai ikan biasa..haha..hentam sajelah labu!!!

ikan masak lemak

menu berikutnya adalah udong goreng..digoreng sama seperti mee,cme pakai udong..udong ni senang jpe kat jepun..kat malaysia nanti tak tau r mane nak cari kalo tibe2 teringin nak makan udong..huhu,mybe kat jusco ada kot=p

udong goreng

cuti kali ni jugak,aku merajinkan diri belajar buat desert2 yang simple..kne belajar yg simple2 je,sebab tak pakar,kang kl buat yg susah2 and tak jadi,diri sendiri jugak yg sentap..hehe

dadih perisa honeydew

muffin coklat (sebelum di 'touch up')

muffin coklat (selepas di 'touch up')

chocolate cake

rasa???biasa2 je,takde lah sedap sangat kan,biasalah budak baru nak belajar..haha..mungkin akan datang kita belajar plak buat desert lain..mungkin je la..bile tu tak tau..hehe..

**rasa dewasa bila memikirkan masa depan=p