Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 30 January 2010

untuk kita

assalamualaikum..
tadi terbaca entry seorang kawan..tibe2 rasa mahu berkongsi artikel tersebut..moga dapat membantu kita saat kita rasa jatuh dan gagal supaya kita bangun berusaha mencapai kejayaan..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya=)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

**moga kita lebih sabar mengharungi dugaan yang berlaku dalam hidup kita..=)

Wednesday, 27 January 2010

not a good day

terasa arini sangat tidak bagus..
1-time kelas sistem,ade report kne hantar minggu depan..tapi langsung tak paham..dalam kelas duk melangut je sebab langsung tak tau nak buat macam mne..

2-time kelas jisshu,nak pasang bahan projek,handle tak boleh gerak dengan smooth..dekat 10 kali pasang bukak,tapi still ketat gear tu nak gerak..da abis kls,still tak boleh pasang..so,kne pasang minggu depan,sedangkan group len smua da siap..

3-kak za tepon cakap pasal baito..sangat tak bernasib bek,sbb orang tu nk pekerja yang boleh kerja lama..tapi thn 3 da makin bz dengan experiment n kelas sgt full.mustahil tuk baito n study at the same time..mesti tercicir pelajaran nanti..tak de rezeki nak baito cuti ni..

4-study zairyou kagaku..kne hafal meaning tuk words yang sensei bagi..da dua ari cari meaning je,tapi still tak siap..zairiki plak,masih belum paham..

**ya allah,Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini..jadikanlah ari esok lebih baik dari ari ini..amin..

Tuesday, 26 January 2010

untuk kamu



When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

**untuk kamu..i will always be there for you..moga kejayaan sentiasa
menjadi milik kamu.moga kamu akan tetap bangun dan berdiri setiap kali
kamu terjatuh..ganbatte kudasai

Sunday, 24 January 2010

gelak khas



**sengal punya lawak..(wat hiburan time study)=p

Friday, 22 January 2010

kala malam bulan mengambang..

perasaan malam ni bercampur baur..serius,kenapa ati aku rasa tak tenang je..adoila..sedang mendengar lagu zunika.."zunika adikku sayang,wajahmu sinaran bulan....blalala..."

kelas cad terakhir arini,setelah setahun berhempas pulas..sangat bahagia..tidak perlu lagi duduk berjam2 menyiapkan report di hadapan computer..oo,aku antara orang yang terakhir keluar arini..dan aku bernasib bek,sebab mamat2 jepun 3orang disekeliling aku,membantu..dyorang balik bile aku da settle kadai..alhamdulillah..dipermudahkan..kul 2 da blik..tpi ajak sara g makan sebab kelaparan dari siang tak mkn..da la mlm tdi cume makan maggi je..tu pun da kul 11 malam..mud memasak telah lari entah kemana..kalo rajin masak pun,tekak sangat tak berselera..adakah kerana aku rindu masakan mak???haha...alasan..aku lebih berselera makan makanan yang dimasak oleh orang len..oh mak,kita rindu gulai tempoyak ikan patin yang mak masak..sob3.

sekejap je masa berlalu..isnin da start final exam sem 2 thun 2..pejam celik pejam celik,bulan 4 aku da nek thn 3..macam baru semalam kaki aku jejak dibumi jepun..pantas betul masa berlalu meninggalkan aku..

oh cik c..kenapa awak tiada..saya mahu..ari2 balik sekolah mencari2 awak..ati sangat kecewa bila awak masih tiada..bilakah agaknya penantian saya akan berakhir???huhu

moga Allah mempermudahkan urusanku untuk menghadapi peperiksaan final kali ini..moga aku beroleh keputusan yang cemerlang..amin...

**people have their own secret..so do i~~

Tuesday, 19 January 2010

tak semua mereka baik

entah kenapa,mkin lme aku duduk sini,mkin terasa yg mereka ini takdelah sebaik yang diagung-agungkan..tak seperti apa yang aku bayangkan sebelum tiba kat sini..kata lecturer,orang jepun sangatlah baik,beretika,patuh undang2.bsela kan,cerita orang semuanya manis

bila aku tengok sendiri peristiwa pagi tadi,makin nampak buruknya perangai mereka..sangat hipokrit..pagi tadi kelas sistem..memang bese r tu klo budak jepun datang lmbt..ade tu dtg pukul 10.10 padahal kelas abis kul 10.15..dtg sekadar hantar report n tanda kehadiran..around kul 9 lebih,masuk sorang mamat jepun ni..kebiasaan nya bile orang kuar masuk masuk kelas,aku tak perasan pun or tak amik peduli sebab sibuk wat hal sendiri..tapi time mamat ni masuk,tibe2 geng dy gelak2..aku pun tgk belakang..rupa-rupanya dy tgh tunjuk 'jari hantu' kat sensei tu..pastu ade lagi..dy buat gaya macam tak puas ati n tunjuk penumbuk n kaki macam nak sepak kat sensei tu..aku macam terkejut kn..mamat ni asl,giler apa..sebab sensei tengah ngajar..rupanya sensei tgh pandang depan and tak perasan pun dy buat mcm tu..yang kawan2 dy duk gelak2 je..aku geleng kepala je..tak sangka,macam ni rupanya dyorang..takde r baik n behave sangat..hipokrit je lebih..and one more thing,setakat belakang2 apa barang weh..tak puas ati tunjuk r depan sensei tu..aku nak tgk gak sensei wat ape kat ko..serius,rasa menyampah giler ngn mamat tu..da r geng2 dy tu dri dlu aku menyampah..suka gelak2kan orang len macam la bagus sangat..blahlah...teremo plak..

tpi ade je 0rang jepun yang baik..yg tak pernah kisah kalo nak tolong kita..tpi bukan semua la..so,dengan sesiapa pun,kita tetap kne pndai pilih kawan

**orang jepun ni sama je macam bangsa len..cuma kehidupan mereka lebih beretika macam patuh undang2 jalan raya..sebab ap??klo kne saman,nak bayar saman mahal..kl accident,bil hospital pun mahal nak mampus..

sensei=lecturer

Sunday, 17 January 2010

selamat pagi dunia

selamat pagi dunia=)..pagi ke ape da dkt kul 12..haha..oo,aku bgn lebih awl,cme mls nk bkk selimut sebab sejuk..pastu berangan2 skit,tapi arini punya berangan kurang menarik,bangun jugaklah..next week 25hb da start final sem 2..sekejap je..pejam celik pejam celik da dkt 2years kat sni..after ni da msuk tahun 3..makin membizi la nampaknya..

semalam tgk citer dokumentari tajuk the cove..pasal pembunuhan dolphin di jepun..tergamam sebentar,sebab tak sangka,dalam baik2 n behavenya orang jepun ni,nampak gak la warui(buruk) nya kan..tak sangka dyorang boleh bunuh 23000 ekor dolphin setahun dengan kaedah yang sangat menyayat hati..haish,manusia itu tetap manusia kan???

oo,ketika cinta bertasbih 2 da kuar..haha..berakhir jugak penantian yang tak berapa nak nanti ni..puas ati r ngn citer tu..KCB 1 & 2,sama2 mantap..haha..terasa sangat agung cinta mereka..cewah=p

lately ni,sangat stress n tension..selalu tertanya2 betul ke setiap tindakan aku..selalu berpikir apa yang orang lain rasa,tapi pernah tak orang lain pikir apa yang aku rasa???as we know,kita takkan mampu memuaskan ati setiap manusia,but atleast,we try d best to do it..

da lama mengidam nak makan lontong..baru semalam rajin nak masak..haha..lepas gak la gian nak mkn lontong..gne resepi yang mak ajar,dan diadjust mengunakan peralatan dan bahan yang ade disini..peh,lazat betul..tpi pasni,ntah zaman biler lgi nak msk lontong..haha..ntah2,makan time blk malaysia nnti=p

**kita mungkin tak dapat apa yang kita suka,tapi sukalah apa yang kita ada..

Tuesday, 12 January 2010

Monday, 11 January 2010

our shopping time~~~

cuti winter sangat menyeronokkan..antara aktiviti yang paling menarik adalah bershopping menghabiskan duit yang tak berapa nak ada ni..haha..sedor tu takde duit,tapi dek sebabkan ikut nafsu shopping ni,ku gagahkan jugak diri ini..plan berjalan sangat mantopp ok..semua seperti yang dirancangkan..kul 7 lebih dah bangun,sebab kul 8.30 nak turun breakfast..nsb bek cik yun ske bgn n siap dlu..takde r aku duk men tarik tali ngn dy sape nk mandi dlu..haha..kul 8.30 turun breakfast..yang tak brpe best,perut tak sdp..tapi kne mkn gak,sbb kne dptkan tenaga tuk shopping..dah tau dah,klo shopping nnti,makan ntah kemana la jadinya..jdi,bek sediakan diri awal2..

nek bas dlm kul 9lebih rsenya..sampai kobe-sanda premium outlet dalam kul 10 lebih..macam msih awal je kan???tapi manusia dah penuh di situ yer..bygkan r,mantop tak mantop,ade 180 kedai kat outlet tu..ko nak brand ap????dari adidas,nike, sampai la ke gucci and paul smith..pinar mata aku nak start dri mane dlu..haha..sampai kat pintu msuk,bgi kepada dua kumpulan..dah pesan,nnti jupe blk bler nak lunch..so,ape lgi,memulakan langkah pertama r..

first masuk2 quicksilver and roxy da angkut satu jaket..padahal aku da niat tu,tak nak bli jaket lgi..offer sampai 70%,niat aku pun tergugat dibuatnya..haha..pastu jalan2..g gucci n coach..sbb ade org nak sponser kan..haha..tpi,yg gucci,harga mak ai,nak pitam kot tgk..llu je,tak bnti pun...yg coach plak offer terlebih,tpi design yg tinggl,takde yang memikat ati..takpe2,kite bwe ke depan yer kamu...hahaha..

bile langkah sampai ke butik GAP,berjam gak r duk kat stu...dari segenap inci dilihat dan dibelek..haha...takpe kamu,kita teman..wah,bek giler..hehe...orang memang sgtla ramai,kat kaunter penuh tu..yg aku perasan,majoriti yang kat outlet tu,semua pegang beg plastik GAP..haha..mentang2 murah,shopping sakan naa..

dari niat awal2 nak g lunch,sampai ke balik tak makan ok..sampai hotel,macam kebuluran cari roti nak mengisi perut..haha..aku igt,aku da shopping banyak dah,ME punya lgi byk kot..hehe..

see,jaket ni,kat ceruk mane dy jupe pun,aku tak pasan..yg aku tau,dy nak beli cardigan je,duk pilih2,boleh pulak tu terjupe yg ni..haha..takpelah,jaket ni pun smart..tak rugi pun bli..=)

sweater ni,memang dah lame dy ngidam..sebelum pergi lgi,adalah dekat 4,5 kali dy citer mokuteki nak bli ape kat gap..haha..sasuga ME..ade strategi shopping..=p

yang ni lagi lawak,nak blikan member la kononnya,aleh2,dy pun rembat satu..haha..nasib bek murah..sejuk gak ati ni..haha

yang ni pun same,dah lame da dicri..harga mak ai tak ingat,7900 yen kot..tapi material sgt bgs r..ME ckp pki yang ni je ngn tshirt n jaket da pns da..betul ke kamu????haha

yang ni langsung tak masuk list..haha..duk berjam2 kat quicksilver,mne tak terbeli jam ni..haha..takpe2,pki la yang ni,yang satu lgi kite simpan yer..hoho

mula2 bajet nak bli beg nike..nsb bek bru usha2,klo da bli tibe2 nmpk yg ni,mau diangkut dua2 tu..haha..bukan boleh dijangka tuh..=p

ni glove kedua yng dibeli pada ari yg same..first bli glove adidas..dah masing2 sibuk duk shopping,belek sane belek sni,sampai hilang glove tu..terpaksa r bli glove bru..hak3

-mafla youme town..hehe-

memang puas ati r bershopping di kobe-sanda outlet tu..pergi tangan kosong,blk,berbeg2 tu..haha..tpi time sale best r,kl tak,kopak gak duit aku..haha..yg bestnya,sale dy sampai 70% ok..tkde r sale takat 10% tu..memang percutian yang sangat memuaskan..sampai umah,semua duk diam sebab da takde duit..hahaha

**mud stdy takde lagi ni..sebab tak tau mne nak mula..haha..(alasan macam2 ade)..=p

Friday, 8 January 2010

kisah ari ini

winter holiday sudah abis..masih terasa keseronokannya..yang tak best,kne g kelas n study..serius tkde mud..kali ni punya cuti,memang menggunakan sepenuhnya..haha..puas???tk puas kot..rse mcm nk cuti lgi..hari2 yang terisi dengan senyuman dan gelak tawa..hilang semua tekanan dan kesunyian yang berbulan2 itu..

sepatutnya cuti start 23hb lgi sampai 7hb 1..tapi disebabkan uni aku ni terlalu skema, 24,25 n 7 adalah sekolah ganti..peh,rase nk marah pun ada..nsb la ko ltk subjek penting time tu..kl stkt kls2 bse,aku da nekad da nk ponteng..haha..siap buat mid term exam lgi 25hb tu..memang dengki lecturer aku ni taknak student dy ponteng..apa2lah sensei,yang penting semua da settle..hahaha..

entry kali ni tak mau lgi citer psl aktiviti winter holiday..sebab mls nk upload gmbr..hehe..giler pemalas ok..keturunan mne ntah ni??=p..smpi umah rabu mlm..khamis ke kelas dri kul 12pm sampai 10pm..semuanya gara2,nak siapkan report CAD tu..padan muka..rasekan..suke noo lengah2 keje..kan da berkejar2..tu pun 1% tak siap..aku submit je..kepala da serabut pun tgk gambar yg macam2 itu..ari jumaat plak kls strt 8.45am..tak ke naya tu nak bgn pagi..nsb bek aku da psn awal2 suh adi kjut..klo tak,kmpm tak buat test eigo pgi td..

kls CAD arini bljar nak buat lukisan 3D..agak jakun sekejap..serius,aku tak sangka yg CAD tu adalah satu program computer yang sangat canggih..bukan aku je jakun..mamat2 jepun kt kls aku lgi r jakun..siap bunyi2 lgi..aku jela behave,diam dan senyum walaupun dalam ati jakun tak igt..keh3..first time kls CAD abis awal..thanks kepada org sebelah aku,sebab ajar aku sampai siap..(sebenarnya sensei aku pesan kat dy suh ajar aku..)..tak kisahlah,yang penting siap..haha..

balik dari kelas tersangat la lapar..jadi berpikir2 nak masak ape..ntah dtg mud ape ntah,aku teringin sangat nk mkn spaggeti..haha..dek kerana menurut nafsu mkn ni..aku gagahkan jugak la diri nak masak..first time aku buat..seumur hidup tak pernah masak benda alah ni..rase???oklah..not bad..tekak aku boleh trima..padahal tengah lapo,sah2 r semua bnda aku belasah je..hehe


jangan tanya knpa ayam tu aku tak cincang..perut da lapo,masak semudah yang bolehlah..haha..aku tak tau la rasenya same tak ngn yang kat kedai..aku da lupe r rse spaggeti..haha..takpe r,yang mkn aku sorang..so,hentam sajelah labu~~

**boleh tak klo takde ending???takde idea r..haha

Saturday, 2 January 2010

happy new year

macam semalam bru berlalu hari pertama di thn 2009..tup2,da msk 2010..smakin meningkatnya tahun,rasa smakin tua plak umur..rasa mcm msh kurang ilmu di dada..dan yang pling penting,masih kurang bekalan amal untuk dibawa kesana..huhu..

masih winter holiday walaupun hanya tinggal beberapa ari lagi..hehe..sangat sonok winter holiday kali ini..pergi bercuti di kobe,menghabiskan duit bershopping di premium outlet..wah,duit mengalir bagaikan air..haha..tak kisahla,yang penting hati gembira..

azam di tahun 2010,aku mahu jadi insan yang lebih baik daripada semalam..mahu menjadi insan yang lebih sempurna walaupun banyak kekurangan..

mud menulis blog masih belum kembali..len kali la smbung..banyak cerita yang hendak dikongsi..hehe

**happy new year semua...